Sunday, July 13, 2014

MENCARI YANG HALAL

seketika aku termenung jauh
seolah hati aku di kunci
jiwa aku tepu
kepala otak tak mampu fikir

bagaimana aku nanti
setelah semuanya berakhir
apakah aku mampu lagi tersenyum
mengenang semuanya

apakah telah diampunkan
nape aku terus dibelenggu
oleh masa silamku
yang buat aku resah

ya allah
izinkan aku berdoa
dari ufuk hati paling dalam
yang penuh dengan keresahan ini

ya allah ampuni aku
mungkin kerana aku memilih yang haram
ya allah bantu aku untuk memilih yang halal
agar aku dekat padaMu

jiwa aku di rantai
nafasku di tenggorokan
kerdipan mata tiada bermaya
langkah ku longlai

mampukah aku terus berjalan
tanpa petunjukMu
tanpa ampunanMu
tanpa kasih sayangMu

bantu aku untuk mencari yang halal
dari yang aku cari pagi dan petang
dari yang aku masuk kedalam mulut
dari yang aku akan buat mahar perkahwinanku

semoga aku tenang
tenang dalam keberkatan
dalam keredhoanMu
sentiasa dalam inayahMu...

No comments:

Post a Comment